Wednesday, August 12, 2009

Pembubaran J/Kuasa Ixora-Camelia

Makluman dari Tok Ketua :

Salam,
Malam semalam saya dan En. Shamsul telah menghadiri 'meeting' yang terakhir untuk AJK penaja Persatuan Penduduk Ixora dan Camelia.

Antara perkara-perkaya yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Hari : Selasa malam Rabu.
Tarikh : 11/Aug/09.
Masa : 9:00 pm.~ 11:30pm.
Tempat : Rumah En. Suhandi Jln. 3/38.
Agenda:

1. Pembubaran AJK penaja.
- Secara rasminya Pengerusi ( En. Shariff ) telah membubarkan AJK penaja Persatuan Penduduk Ixora dan Camelia dan mulai sekarang kita akan bergabung dengan Jln. 3/42 ~ 3/52 sebagai Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 ( PPTTB3).

2. Lebihan sumbangan dari kutipan yang di buat dari tahun 2006 ~ 2009.
- Bendahari persatuan ( En. Asri ) membentangkan lebihan wang yang tidak digunakan sebanyak RM 3200.00 +++ yang tersimpan di akaun bank.
Beliau ada memberi beberapa cadangan .
a) Mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau sementara TTB3.
b) Mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau tetap TTB3.
c) Menggunakan wang tersebut untuk pendaftaran ahli TTB3.
d) Menggunakan wang tersebut untuk kawalan keselamatan.
- Setelah undian dibuat sebulat suara memilih
a) mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau sementara TTB3 memandangkan surau sementara memerlukan sumbangan untuk membayar sewa dan perbelanjaan utiliti bulanan.

3. Kawalan keselamatan.
- En. Suhandi ada menerangkan tentang kawalan keselamatan yang akan diadakan pada hari raya akan datang. Beliau menjelaskan bahawa kawalan keselamatan akan bemula dari 16/Sep/09 ~ 26/Sep/09 secara 24 jam dan selepas tarikh itu akan diadakan 12 jam sehari.
Oleh itu, kutipan wang akan dilakukan sebelum 14/Aug/09. Jumlah kutipan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM 70.00 dan pecahan kutipan adalah seperti berikut:
RM 30.00 - Untuk membuat 'Post Guard' dan ' Preliminary' guard.
RM 20.00 - Yuran bulanan untuk kawalan keselamatan.
RM 10.00 - Untuk lain-lain perkara:
RM 5 - Derma surau
RM 3 - Khairat kematian
RM 2 - Aktiviti persatuan
RM 10.00 - Pendaftaran ahli persatuan.

4. Pendaftaran ahli persatuan TTB3.
- En. Suhandi ada memberi penerangan untuk pendaftaran ahli persatuan TTB3 yang mana semua penduduk Jln. 3/38 ~ 3/52 akan menjadi ahli persatuan TTB3. Oleh itu semua penduduk adalah dikehendaki untuk mengisi borang ahli persatuan dan membuat pembayaran sebanyak RM 10 untuk seumur hidup.
- Dalam hal ini saya menyuarakan bahawa sebahagian penduduk Jln. 3/39 sudah pun menyertai persatuan induk Bandar Baru Bangi dan saya mencadangkan supaya sesiapa yang sudah berdaftar adalah tidak dimestikan dan terpulang kepada mereka sama ada untuk mendaftar sekali lagi dengan persatuan TTB3. Begitu juga dengan yuran khairat kematian.
- Saya juga akan mengedarkan borang ahli persatuan dan juga surat dari pihak persatuan TTB3 kepada semua penduduk Jln. 3/39 dan terpulang kepada penduduk yang telah berdaftar dengan persatuan induk sama ada untuk berdaftar dengan TTB3 atau tidak begitu juga dengan sumbangan khairat kematian yang akan di kutip setiap bulan.

5. Lain - lain perkara.
- Secara automatik semua wakil jalan akan menjadi wakil jalan untuk persatuan TTB3 sehingga satu mesyuarak agung yang akan diadakan kelak.
- 'Plan' sementara bangunan surau ada di tunjukkan dimana bangunan tersebut merupakan bangunan 2 tingkat.
- Saya mencadangkan supaya 'gate' Jln. 3/38 supaya digantikan dengan 'gate' yang baru seperti 'gate' Damai Persona yang mana 'gate' sekarang adalah tidak kukuh.
- Saya juga mencadangkan supaya segala pembinaan ' Post Guard ' dan 'gate' dibuat dengan kemas dan tidak seperti melepaskan ' batuk di tangga'.
- Saya juga melahirkan rasa kecewa kepada biro keselamatan sebelum ini yang mana gagal untuk menjaga keselamatan kawasan kita sehingga kereta di dalam rumah pun kena curi.
- Saya juga meminta En. Suhandi sebagai biro keselamatan untuk membuat pengaduan kepada MPKJ mengenai anjing liar yang berkeliaran di kawasan kita dan pagi tadi saya telah menerima SMS dari En. Suhandi yang beliau telah melaporkan kepada MPKJ mengenai anjing liar tersebut.
- Saya juga mencadangkan supaya segala ' information' atau 'invitation' adalah datangnya dari Pengerusi atau naib Pengerusi TTB3 kepada wakil-wakil jalan kerana mereka ini mestilah melakukan kerja sukarela yang telah diamanahkan.

Wassalam.

No comments:

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010