Sunday, August 9, 2009

Minit Mesyuarat Jalan 3/39


Daripada Emel Saudara Azmi.

Salam,

Mesyuarat Pada hari Sabtu, 8/Aug/09

minute meeting adalah seperti berikut:

1. Cadangan untuk membuat gate di antara rumah En, Shahrin dan En, Azhar dan belakang rumah En. Rosli dan En. Jamil.
- Keputusan ditangguhkan sehingga meeting Persatuan Penduduk mengenai keselamatan dimuktamadkan
-berdasarkan meeting yang telah dibuat oleh AJK baru keselamatan mereka mencadangkan untuk membuat kutipan sebanyak RM 70
( RM 30 - Post Gurd, RM 30 - yuran bulanan dan RM 10 - pendaftaran ) dan target date mereka adalah sebelum hari raya nanti.

2. Jamuan berbuka puasa.
- Majoriti mencadangkan untuk membuat jamuan berbuka puasa secara pot luck pada minggu kedua puasa iaitu pada hari Sabtu, 5/Sep/09 bertempat di hadapan rumah En. Hazudin.
Di minta semua penduduk Jln. 3/39 dapat membuat persedian lebih awal supaya semua penduduk dapat menghadirkan diri.

3. Yuran bulanan untuk Jln. 3/39.
- Majoriti mencadangkan supaya kutipan ini diteruskan untuk aktiviti-aktiviti Jln. 3/39 sahaja jika sekiranya Persatuan TTB3 juga ada membuat kutipan.

4. Masalah anjing liar.
- Kami mecadangkan untuk meminta pertolongan En. Suhaimi sekiranya dapat membuat sesuatu untuk menghapuskan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kita.

5. Lain-lain perkara.
- Surau baru akan membuat solat tarawih pada bulan Ramadhan nanti.
- Kepada sesiapa yang ingin bersedekah kepada surau untuk membuat khemah sementara untuk solat tarawih nanti boleh berhubung terus kepada Pengerusi surau.
- Surau sementara dijangka hanya untuk 2 tahun sahaja sebelum surau kekal dibina di tapak berhampiran simpang Jln. 3/42 dan kos pembinaan dijangka mencapai RM 1.2 juta ( fully air cond )

Wassalam

p/s: Sila 'reply' terus ke alamat azmi.miskam@my.alps.com sebab saya tak boleh menerima email dari yahoogroup.

No comments:

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010