Tuesday, September 8, 2009

Makluman Dari En Azmi

1. Saya ada satu info. nak 'share' iaitu rumah no. 19 ( rumah student perempuan melayu ) telah dimasuki pencuri semalam. Kejadian itu berlaku semalam lebih kurang pukul 1:45 pm selepas semua pergi ke kelas untuk sesi petang kecuali salah seorang dari mereka yang tidak ada kelas dan berada di rumah untuk membuat kerja-kerja kolej.

Tanpa disedari seorang India telah memasuki rumah dan menyelongkar barang-barang di tingkat bawah sebelum naik ke atas dan disedari oleh perempuan yang ada di rumah tersebut. Dalam keadaan terkejut dan ketakutan perempuan tersebut hanya menyuruh India itu keluar dari rumah dan mengunci semula pintu utama dan selepas itu beliau menghubungi rakan-rakan yang ada dikolej tentang peristiwa yang berlaku.

Jadi berhati-hatilah dengan orang asing atau tidak dikenali terutama jika bersendirian di rumah.

2. Pada hari Jumaat malam Sabtu dan Ahad malam Isnin ini adalan giliran Jalan 3/39 untuk menghantar makanan ke surau ( moreh ).

Untuk moreh pada hari Ahad malam Isnin dari rumah no. 11 ~ 32, saya ada berbincang dengan Karim dan Helmi untuk sama-sama menghantar makanan ke surau.

Oleh itu kami bercadang untuk mengutip RM 10 setiap rumah untuk tujuan membeli makanan dan menghantarnya ke surau.

Kepada sesiapa yang bersetuju bolehlah menyerahkan duit tersebut kepada Helmi sebelum Jumaat, 11/Sep. dan kepada sesiapa tak setuju mereka hendaklah menghantar makanan sendiri ke surau.

Sekian, Wassalam.

Jemputan

Emel dari En Azmi Miskam:



Ada perubahan HARI untuk majlis di atas iaitu dari hari Sabtu di tukar ke hari Ahad disebabkan pada hari Sabtu ada majlis berbuka perdana untuk TTB3 dan surau Abd. Rahman.




Sebentar tadi saya menerima panggilan dari Cikgu Din memberitahu bahawa beliau ingin menjemput semua warga jalan 3/39 ( Suami, isteri dan anak-anak ) untuk bacaan yassin, thalil dan berbuka puasa seperti butiran di bawah:

Hari : Sabtu Ahad
Tarikh : 12/Sep/09 13/Sep/09
Masa : 5:30 pm
Tempat : No. 55, jalan 3/48 ( rumah baru )


Di harap semua warga jalan 3/39 dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.


Sekian.

Sunday, September 6, 2009

Pot Luck Berbuka Puasa Jalan 3/39







tahniah kepada semua
semoga tradisi ini akan berterusan
dan mendapat rahmat dari Ilahi...

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010