Tuesday, August 18, 2009

makluman terkini

dari emel terkini tok ketua : En Azmi Miskam

Di bawah ini saya senaraikan info.-info. yang terkini:

1. Kutipan Duit Kawalan Keselamatan.
- Seperti yang dibincangkan pada malam tadi biro keselamatan TTB3 memerlukan dana untuk mengupah pengawal keselamatan sepanjang cuti Hari Raya nanti. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan kepada seluruh warga jln. 3/39 supaya dapat menjelaskan wang keselamatan kepada saya sebelum 31/Aug/09 sebanyak RM 70.00.
(RM 30.00 - Untuk membuat 'Post Guard' dan ' Preliminary' guard, *RM 30.00 - Yuran bulanan untuk kawalan keselamatan dan RM 10.00 - Untuk lain-lain perkara -> RM 5 - Derma surau, RM 3 - Khairat kematian dan RM 2 - Aktiviti persatuan ).

2. Penyerahan borang ahli persatuan TTB3.
- Saya ingin memaklumkan kepada semua warga jln. 3/39 supaya dapat menyerahkan borang ahli Persatuan Penduduk TTB3 kepada saya sebelum 31/Aug/09 samada yang sudah mendaftar sebagai ahli persatuan induk atau belum menjadi ahli lagi.
Kepada sesiapa yang belum menjadi ahli persatuan induk atau TTB3 hendaklah menyertakan sekali RM 10.00 sebagai yuran ahli untuk seumur hidup dan kepada sesiapa yang sudah menjadi ahli persatuan induk adalah terpulang kepada mereka samada untuk menyertai persatuan penduduk TTB3 atau tidak.

3. Reka bentuk surau kekal.
- Kepada sesiapa yang ingin mengetahui reka bentuk surau kekal bolehlah datang ke surau sementara kerana reka bentuk itu akan dipamirkan di papan kenyataan surau atau melayari blog TTB3 dan kepada sesiapa yang ingin menyatakan pandangan atau komen bolehlah menyalurkan pandangan tersebut kepada AJK surau atau melalui blog dan segala pandangan akan dibuka sehingga 31/Aug/09. Sekiranya ada persoalan atau pandangan bolehlah menghubungi saya.

Wassalam.
* Pembetulan kepada memo yang lepas.

1 comment:

Anonymous said...

Tips Cegah Jenayah: Pecah Rumah
Bagaimana boleh berlaku
1. Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
2. Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
3. Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
4. Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
5. Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
6. Menggunakan kunci pendua.
Sebab Berlaku Pecah Rumah
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
• Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah untuk di belakang dan hadapan rumah.
• Pasang CCTV yang berkualiti/jelas untuk di belakang dan hadapan rumah.
• Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
• Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
• Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
• Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
• Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah.
Tips menghalang kecurian
1. Jangan biarkan orang gaji/anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk
4. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
5. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak curigai dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda
7. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
8. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
9. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box.
10. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
11. Perlu lock gear & stering kereta sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
12. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
13. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
14. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
Sumber: E-Buliten 15, Persatuan Kebajikan Penduduk & Kawasan RT Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Selangor, oleh Nuwa.

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010