Tuesday, September 8, 2009
Makluman Dari En Azmi
Tanpa disedari seorang India telah memasuki rumah dan menyelongkar barang-barang di tingkat bawah sebelum naik ke atas dan disedari oleh perempuan yang ada di rumah tersebut. Dalam keadaan terkejut dan ketakutan perempuan tersebut hanya menyuruh India itu keluar dari rumah dan mengunci semula pintu utama dan selepas itu beliau menghubungi rakan-rakan yang ada dikolej tentang peristiwa yang berlaku.
Jadi berhati-hatilah dengan orang asing atau tidak dikenali terutama jika bersendirian di rumah.
2. Pada hari Jumaat malam Sabtu dan Ahad malam Isnin ini adalan giliran Jalan 3/39 untuk menghantar makanan ke surau ( moreh ).
Untuk moreh pada hari Ahad malam Isnin dari rumah no. 11 ~ 32, saya ada berbincang dengan Karim dan Helmi untuk sama-sama menghantar makanan ke surau.
Oleh itu kami bercadang untuk mengutip RM 10 setiap rumah untuk tujuan membeli makanan dan menghantarnya ke surau.
Kepada sesiapa yang bersetuju bolehlah menyerahkan duit tersebut kepada Helmi sebelum Jumaat, 11/Sep. dan kepada sesiapa tak setuju mereka hendaklah menghantar makanan sendiri ke surau.
Sekian, Wassalam.
Jemputan
Ada perubahan HARI untuk majlis di atas iaitu dari hari Sabtu di tukar ke hari Ahad disebabkan pada hari Sabtu ada majlis berbuka perdana untuk TTB3 dan surau Abd. Rahman.
Sebentar tadi saya menerima panggilan dari Cikgu Din memberitahu bahawa beliau ingin menjemput semua warga jalan 3/39 ( Suami, isteri dan anak-anak ) untuk bacaan yassin, thalil dan berbuka puasa seperti butiran di bawah:
Hari :
Tarikh :
Masa : 5:30 pm
Tempat : No. 55, jalan 3/48 ( rumah baru )
Di harap semua warga jalan 3/39 dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.
Sekian.
Sunday, September 6, 2009
Tuesday, August 18, 2009
makluman terkini
Di bawah ini saya senaraikan info.-info. yang terkini:
1. Kutipan Duit Kawalan Keselamatan.
- Seperti yang dibincangkan pada malam tadi biro keselamatan TTB3 memerlukan dana untuk mengupah pengawal keselamatan sepanjang cuti Hari Raya nanti. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan kepada seluruh warga jln. 3/39 supaya dapat menjelaskan wang keselamatan kepada saya sebelum 31/Aug/09 sebanyak RM 70.00.
(RM 30.00 - Untuk membuat 'Post Guard' dan ' Preliminary' guard, *RM 30.00 - Yuran bulanan untuk kawalan keselamatan dan RM 10.00 - Untuk lain-lain perkara -> RM 5 - Derma surau, RM 3 - Khairat kematian dan RM 2 - Aktiviti persatuan ).
2. Penyerahan borang ahli persatuan TTB3.
- Saya ingin memaklumkan kepada semua warga jln. 3/39 supaya dapat menyerahkan borang ahli Persatuan Penduduk TTB3 kepada saya sebelum 31/Aug/09 samada yang sudah mendaftar sebagai ahli persatuan induk atau belum menjadi ahli lagi.
Kepada sesiapa yang belum menjadi ahli persatuan induk atau TTB3 hendaklah menyertakan sekali RM 10.00 sebagai yuran ahli untuk seumur hidup dan kepada sesiapa yang sudah menjadi ahli persatuan induk adalah terpulang kepada mereka samada untuk menyertai persatuan penduduk TTB3 atau tidak.
3. Reka bentuk surau kekal.
- Kepada sesiapa yang ingin mengetahui reka bentuk surau kekal bolehlah datang ke surau sementara kerana reka bentuk itu akan dipamirkan di papan kenyataan surau atau melayari blog TTB3 dan kepada sesiapa yang ingin menyatakan pandangan atau komen bolehlah menyalurkan pandangan tersebut kepada AJK surau atau melalui blog dan segala pandangan akan dibuka sehingga 31/Aug/09. Sekiranya ada persoalan atau pandangan bolehlah menghubungi saya.
Wassalam.
* Pembetulan kepada memo yang lepas.
Wednesday, August 12, 2009
Pembubaran J/Kuasa Ixora-Camelia
Salam,
Malam semalam saya dan En. Shamsul telah menghadiri 'meeting' yang terakhir untuk AJK penaja Persatuan Penduduk Ixora dan Camelia.
Antara perkara-perkaya yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Hari : Selasa malam Rabu.
Tarikh : 11/Aug/09.
Masa : 9:00 pm.~ 11:30pm.
Tempat : Rumah En. Suhandi Jln. 3/38.
Agenda:
1. Pembubaran AJK penaja.
- Secara rasminya Pengerusi ( En. Shariff ) telah membubarkan AJK penaja Persatuan Penduduk Ixora dan Camelia dan mulai sekarang kita akan bergabung dengan Jln. 3/42 ~ 3/52 sebagai Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 ( PPTTB3).
2. Lebihan sumbangan dari kutipan yang di buat dari tahun 2006 ~ 2009.
- Bendahari persatuan ( En. Asri ) membentangkan lebihan wang yang tidak digunakan sebanyak RM 3200.00 +++ yang tersimpan di akaun bank.
Beliau ada memberi beberapa cadangan .
a) Mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau sementara TTB3.
b) Mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau tetap TTB3.
c) Menggunakan wang tersebut untuk pendaftaran ahli TTB3.
d) Menggunakan wang tersebut untuk kawalan keselamatan.
- Setelah undian dibuat sebulat suara memilih
a) mendermakan lebihan wang tersebut untuk surau sementara TTB3 memandangkan surau sementara memerlukan sumbangan untuk membayar sewa dan perbelanjaan utiliti bulanan.
3. Kawalan keselamatan.
- En. Suhandi ada menerangkan tentang kawalan keselamatan yang akan diadakan pada hari raya akan datang. Beliau menjelaskan bahawa kawalan keselamatan akan bemula dari 16/Sep/09 ~ 26/Sep/09 secara 24 jam dan selepas tarikh itu akan diadakan 12 jam sehari.
Oleh itu, kutipan wang akan dilakukan sebelum 14/Aug/09. Jumlah kutipan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM 70.00 dan pecahan kutipan adalah seperti berikut:
RM 30.00 - Untuk membuat 'Post Guard' dan ' Preliminary' guard.
RM 20.00 - Yuran bulanan untuk kawalan keselamatan.
RM 10.00 - Untuk lain-lain perkara:
RM 5 - Derma surau
RM 3 - Khairat kematian
RM 2 - Aktiviti persatuan
RM 10.00 - Pendaftaran ahli persatuan.
4. Pendaftaran ahli persatuan TTB3.
- En. Suhandi ada memberi penerangan untuk pendaftaran ahli persatuan TTB3 yang mana semua penduduk Jln. 3/38 ~ 3/52 akan menjadi ahli persatuan TTB3. Oleh itu semua penduduk adalah dikehendaki untuk mengisi borang ahli persatuan dan membuat pembayaran sebanyak RM 10 untuk seumur hidup.
- Dalam hal ini saya menyuarakan bahawa sebahagian penduduk Jln. 3/39 sudah pun menyertai persatuan induk Bandar Baru Bangi dan saya mencadangkan supaya sesiapa yang sudah berdaftar adalah tidak dimestikan dan terpulang kepada mereka sama ada untuk mendaftar sekali lagi dengan persatuan TTB3. Begitu juga dengan yuran khairat kematian.
- Saya juga akan mengedarkan borang ahli persatuan dan juga surat dari pihak persatuan TTB3 kepada semua penduduk Jln. 3/39 dan terpulang kepada penduduk yang telah berdaftar dengan persatuan induk sama ada untuk berdaftar dengan TTB3 atau tidak begitu juga dengan sumbangan khairat kematian yang akan di kutip setiap bulan.
5. Lain - lain perkara.
- Secara automatik semua wakil jalan akan menjadi wakil jalan untuk persatuan TTB3 sehingga satu mesyuarak agung yang akan diadakan kelak.
- 'Plan' sementara bangunan surau ada di tunjukkan dimana bangunan tersebut merupakan bangunan 2 tingkat.
- Saya mencadangkan supaya 'gate' Jln. 3/38 supaya digantikan dengan 'gate' yang baru seperti 'gate' Damai Persona yang mana 'gate' sekarang adalah tidak kukuh.
- Saya juga mencadangkan supaya segala pembinaan ' Post Guard ' dan 'gate' dibuat dengan kemas dan tidak seperti melepaskan ' batuk di tangga'.
- Saya juga melahirkan rasa kecewa kepada biro keselamatan sebelum ini yang mana gagal untuk menjaga keselamatan kawasan kita sehingga kereta di dalam rumah pun kena curi.
- Saya juga meminta En. Suhandi sebagai biro keselamatan untuk membuat pengaduan kepada MPKJ mengenai anjing liar yang berkeliaran di kawasan kita dan pagi tadi saya telah menerima SMS dari En. Suhandi yang beliau telah melaporkan kepada MPKJ mengenai anjing liar tersebut.
- Saya juga mencadangkan supaya segala ' information' atau 'invitation' adalah datangnya dari Pengerusi atau naib Pengerusi TTB3 kepada wakil-wakil jalan kerana mereka ini mestilah melakukan kerja sukarela yang telah diamanahkan.
Wassalam.
Sunday, August 9, 2009
Minit Mesyuarat Jalan 3/39
Salam,
Mesyuarat Pada hari Sabtu, 8/Aug/09
minute meeting adalah seperti berikut:
1. Cadangan untuk membuat gate di antara rumah En, Shahrin dan En, Azhar dan belakang rumah En. Rosli dan En. Jamil.
- Keputusan ditangguhkan sehingga meeting Persatuan Penduduk mengenai keselamatan dimuktamadkan
-berdasarkan meeting yang telah dibuat oleh AJK baru keselamatan mereka mencadangkan untuk membuat kutipan sebanyak RM 70
( RM 30 - Post Gurd, RM 30 - yuran bulanan dan RM 10 - pendaftaran ) dan target date mereka adalah sebelum hari raya nanti.
2. Jamuan berbuka puasa.
- Majoriti mencadangkan untuk membuat jamuan berbuka puasa secara pot luck pada minggu kedua puasa iaitu pada hari Sabtu, 5/Sep/09 bertempat di hadapan rumah En. Hazudin.
Di minta semua penduduk Jln. 3/39 dapat membuat persedian lebih awal supaya semua penduduk dapat menghadirkan diri.
3. Yuran bulanan untuk Jln. 3/39.
- Majoriti mencadangkan supaya kutipan ini diteruskan untuk aktiviti-aktiviti Jln. 3/39 sahaja jika sekiranya Persatuan TTB3 juga ada membuat kutipan.
4. Masalah anjing liar.
- Kami mecadangkan untuk meminta pertolongan En. Suhaimi sekiranya dapat membuat sesuatu untuk menghapuskan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kita.
5. Lain-lain perkara.
- Surau baru akan membuat solat tarawih pada bulan Ramadhan nanti.
- Kepada sesiapa yang ingin bersedekah kepada surau untuk membuat khemah sementara untuk solat tarawih nanti boleh berhubung terus kepada Pengerusi surau.
- Surau sementara dijangka hanya untuk 2 tahun sahaja sebelum surau kekal dibina di tapak berhampiran simpang Jln. 3/42 dan kos pembinaan dijangka mencapai RM 1.2 juta ( fully air cond )
Wassalam
p/s: Sila 'reply' terus ke alamat azmi.miskam@my.alps.com sebab saya tak boleh menerima email dari yahoogroup.
Saturday, August 8, 2009
Gotong Royong Surau Baru di Jalan 3/42
Semoga usaha ini dikira sebagai amal yang bakal menjadi bekalan sewaktu kembali kepada-NYA..
Usaha membina surau bukan mudah, namun usaha mengimarahkan surau kelak lebih berat.
Sama-samalah melaksanakan amanah ILahi ini dengan sebaiknya.
Thursday, July 30, 2009
Isu Keselamatan
Jadi isu ini perlu difikir dan diambil tindakan sewajarnya dari sekalian
kita di sekitar Taman Tasik Bangi 3.
Harap ada tindakan susulan bersama.
Saturday, July 18, 2009
Friday, July 10, 2009
Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3
Sdr Azmi telah mewakilkan Abdul Karim menghadiri perbincangan
yang melibatkan jalan 3/38-3/53.
Dalam pertemuan tersebut, Pak Syarif maklumkan jawatankuasa
penaja sebelum ini dianggap bubar dan menyertai persatuan baru,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK BANGI 3.
Dalam pertemuan ini, hanya ada 2 makluman;
1. Penggunaan Rumah No 1, Jalan 3/42 sebagai SURAU SEMENTARA
mulai 1 ogos 2009 (sewa)
2. Program Ceramah oleh Ust Mohd Farid Ravi di jalan 3/48 pada jam
8.30 mlm, 26 Julai 2009.
Kutipan derma dan sumbangan telah ada untuk sewa rumah. Tapi
tuan puan dialu-alukan menderma untuk keperluan dalaman.
Pamplet/edaran akan diedarkan k setiap rumah.
Tuan puan juga boleh berhubung terus dengan Pengerusi J/kuasa
Tn Hj Yusof bin Ismail (019 236 6356) untuk info lebih lanjut.
Thursday, July 9, 2009
Puteri
yang dikurniakan puteri.
semoga sentiasa dalam berkat dan
rahmat ILahi..
Sunday, July 5, 2009
Info dari Blog Persatuan Penduduk
Koperasi Penduduk Bandar Baru Bangi (KOBANGI) telah ditubuhkan dan ditubuh dan didaftarkan pada 18 September 1995 hasil daripada resolusi Jawatankuasa Penduduk Bandar Baru Bangi pada mesyuarat agong tahun 1995.
Pada mesyuarat tersebut sebulat suara bertsetuju agar suatu wahana diwujudkan bagi penduduk-penduduk Bandar Baru Bangi berkecimpung dan turut serta secara tidak langsung dengan pembangunan Bandar Baru Bangi di samping dapat meningkat taraf sosio-ekonomi serta mengekal aset bumiputra melayu di Bandar Baru Bangi.
ALAMAT BERDAFTAR KOBANGI :
KOPERASI BANGI D/A Sekolah Agama (LEPAI )Seksyen 16, (Bersebelahan Pejabat POS)43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 019-3662770 (Setiausaha)
Web :http://www.suarabangi.blogspot.com
SYARAT KEAHLIAN KOBANGI :
1. Penduduk Tetap Bandar Baru Bangi atau
2. Mana-mana Individu yang bekerja di Bandar Baru Bangi.
3. Mana-mana Individu yang memiliki aset di Bandar Baru Bangi.
MISI KOBANGI :
Memberi perkhidmatan dan pulangan yang baik dan bermanafaat kepada anggota KOBANGI.
AKTIVITI UTAMA KOBANGI :
Membeli aset pembangunan di sekitar Bandar Baru Bangi dan menyewa ke peniaga-peniaga melayu yang berminat.
ASET KOBANGI SEHINGGA 2009 :
1. 1 Unit Rumah Kedai 4 Tingkat ( No 34 Medan PB 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi)
2. 3 Unit Rumah Kedai/Pejabat di Fasa C 3 ,( Blok D Unit 33-G-1, 33-1-1a,33-1 -1b ) Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi .
3. 1 Unit Rumah Kedai Pejabat 21/2 tingkat Lot No. F10 (Lot Tengah) Di Persiaran Bangi, Sri Bangi Bandar Baru Bangi, Selangor.
* Anggaran kasar nilai aset semasa KOBANGI sekarang adalah RM 2 Juta .
Rekod Dividen Pelaburan Kepada Ahli KOBANGI :
2003 – 10%
2004 –10%
2005 – 10%
2006 – 10%
2007 – 12%
2008 –10%
Bagaimana Hendak Menyertai KOBANGI ?
Isi Borang Keahlian di Sebelah @ di http://www.suarabangi.blogspot.com
Pelaburan Minimum adalah RM 1 Ratus Ringgit.
Hantarkan Borang Anda Di Pejabat KOBANGI di Sek. Agama LEPAI.
Tuesday, May 26, 2009
Jemputan Kenduri
Sekali lagi saya mewakili Cikgu Din sekeluarga ingin menjemput seluruh warga Jalan 3/39 ( Ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menghadiri majlis kenduri seperti di bawah:
Hari : Jumaat
Tarikh : 29/May/2009
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : No. 39 Jalan 41 ( Sek. KAFA )
Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.
Wassalam.
Thursday, April 30, 2009
Tuesday, April 21, 2009
Jemputan
To: tiga9@yahoogroups.com
Salam,
Saya mewakili keluarga Cikgu Din ingin menjemput semua warga Jalan 3/39
( Suami, Isteri dan anak-anak ) ke majlis bacaan yassin seperti di bawah:
Tarikh : 30/April/2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Taska Al-Haziq
No. 1 Jalan 3/40
Marilah kita bersama-sama menjayakan majlis tersebut.
Wassalam.
Thursday, April 9, 2009
tahniah sdr zaini dan isteri
Tahniah kepada sdr Zaini dan isteri
kerana baru dikurniakan anak lelaki
pada hari ahad lepas setelah agak
lama menanti akhinya berjaya juga.
Bad
Tuesday, March 17, 2009
JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI & KEMPEN MENCEGAH DENGGI/CHIKUNGUNYA
Assalamualaikum W.B.T
Pengerusi
Penduduk Jalan 3/39
Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
PER : JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI & KEMPEN MENCEGAH DENGGI/CHIKUNGUNYA
______________________________________________________________________
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Persatuan Kejiranan Damai Impian(PKDI) dengan kerjasaam MPKj, MPP Zon 23 dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi akan mengadakan Program Gotong Royong Komuniti dan Kempen Mencegah Demam Denggi/Chikungunya bersama masyarakat di Seksyen 3.
3. Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya kami ingin menjemput tuan serta AJK dan penduduk kawasan tuan ke majlis perasmian bagi program tersebut pada tarikh dan masa seperti dibawah:
Tarikh : 29 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Tempat Parkir Kereta(sebelah Proton Edar)
Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.00 pagi
*Pakaian : T-Shirt dan Seluar Slack @ Tracksuit
4. Dilampirkan di sini Tentatif Program untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
5. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan akan menyerikan lagi program tersebut.
Sekian wassalam.
Yang benar,
AHMAD SUFIE MUNASIR
Naib Yang Dipertua
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
Merangkap Pengerusi Persatuan Kejiranan Damai Impian
No Tel : 013-3831212
No Fax : 03-89266199
TENTATIF MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI &
KEMPEN MENCEGAH DEMAM DENGGI/ CHIKUNGUNYA
MASA AKTIVITI
7.45 pagi-8.00pagi Taklimat kepada peserta dan agensi kerajaan oleh Pengarah Program
8.00 pagi-10.45pagi Program Gotong-Royong Berkumpulan
9.00 pagi-9.30pagi Sarapan Pagi diedarkan kepada peserta
9.00 pagi-11.45pagi Pemeriksaan Kesihatan/
Ujian Saringan Darah Percuma (Darah Tinggi/
Kencing Manis)
10.45 pagi-11.30pagi MAJLIS PERASMIAN PENUTUP:
10.45 pagi-10.50pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
10.50 pagi-11.00pagi Ucapan Aluan Pengarah
11.00 pagi-11.15pagi Taklimat Kempen Mencegah Demam Denggi/ Chikungunya
11.15 pagi-11.30pagi Ucapan Perasmian Penutup oleh:
YB Dr Shafie Abu Bakar, Adun Bangi
11.30 pagi-11.35pagi Penyampaian Sijil Penghargaan/ Cenderahati
11.30pagi-12.00tghari Makan Tengahari di Restoran Ummie
Tuesday, March 10, 2009
Majlis Tahlil
Wednesday, March 11, 2009 1:10 AM
From:
"azmi.miskam@my.alps.com"
tiga9@yahoogroups.com
: "Salam, Ada jemputan untuk majlis tahlil dari Suhandi Jalan 3/38. Semua",
"text": rohaizat77@yahoo.com,
Dear Sdra Izat & Semua Warga 3/39
Kami dgn segala hormatnya menjemput semua warga 3/39 untuk memeriahkan lagi majlis tahlil yang akan diadakan dirumah kami di alamat seperti dibawah :-
Alamat :- No 14 Jalan 3/38
Masa :- 1.45pm (selepas zohor)
Tarikh :- Sabtu, 14th March 2009.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan akan menyemarakan lagi majlis.
Sekian Terima kasih’
AHMAD SUHANDI ZAKARIA
p/s :- Minta tolong Sdr Izat sebarkan ke semua warga 3/39
Monday, February 23, 2009
Tahniah Hisyam
dengan kelahiran anak perempuan
pada 7.30 pagi 24 Februari 2009.
Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.
Friday, February 20, 2009
birthday
Hazudin & Hamedah
32, jalan 3/39
Monday, February 9, 2009
Aktiviti Petang dan Malam
Saturday, February 7, 2009
Gotong Royong dan Keriangan
Tuesday, January 27, 2009
Gotong Royong 2009
2/2/09, azmi.miskam@my.alps.com
1. Di bawah ini adalah perubahan untuk aktiviti got on g roy on g selepas kaum ibu bermesyuarat pada hari Khamis malam Jumaat lepas:
Tarikh : 8 Februari 2009
Hari : Ahad
Masa : 8:30 am
Tempat berkumpul : Depan rumah Azmi
2. Atur cara aktiviti:
8:30 am : Berkumpul
9:00 am : Got on g Roy on g Bermula
12:00 tgh. : Got on g Roy on g Selesai
12:30 pm : Makan
2:00 pm : Berehat
5:15 pm : Treasure Hunt / Games
7:30 pm : Solat Maghrib Berjamaah
( Ruman Azmi )
8:15 pm : Makan Malam, Aktiviti Ringkas & Penyampaian Hadiah
11:00 pm : Bersurai
3. Jadual penyediaan makanan untuk got on g roy on g.
4. Jadual penyediaan makanan untuk makan malam.
5. Peralatan makanan di sediakan oleh Helmi.
6. PA System di sediakan oleh Johar / Zura.
7. Hadiah Treasure Hunt.
8. Setiap satu keluarga hendaklah menyediakan hadiah yang bernilai RM 25 untuk ditukar ganti ( Selain dari makanan ).
9. Lain-lain sumbangan adalah dialu-alukan.
Segala kemusykilan atau sebarang cadangan lain bolehlah menghubungi Pn. Dura / Hamidah.
* Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk meingatkan kembali kepada sesiapa lagi yang masih belum menjelaskan sumbangan " Gate " supaya dapat menjelaskannya seberapa segera. Ini kerana tarikh akhir sudah lama berlalu dan tempahan " Gate " masih tidak dapat di buat disebabkan kekurangan duit sumbangan. Penduduk Jalan 3/40 pun ada bertanyakan kepada saya bila " Gate " akan dipasang.
P/S: Segala mail sila alamatkan ke azmi.miskam@my.alps.com. Wassalam.