Tuesday, November 9, 2010

Saturday, August 21, 2010

majlis iftar bersama jalan 3/39

en azmi mengetuai persiapan

org kuat jalan 39

diskusi isu ramadhan

kaum ibu yang banyak membantu


selamat menjamu selera

Sunday, August 8, 2010

Monday, July 26, 2010

Gotong Royong dan padang permainan

En Azmi memberi tunjuk ajar

En Hisyam mencuba


nampaknya En Hisyam masih mencuba



tapak/padang permainan


mengecat bonggol jalan

pekerja contoh 2010

teknik korek longkang ATM


ISO Jepun


acara mengecat pembahagi jalan


En Rosli sedang memberi tazkirah kepada student

Acara Gotong Royong telah diadakan pada 24 Julai 2010. Satu kesinambungan kerjasama warga jalan 3/39.. semoga usaha murni ini akan terus berkekalan dan mendapat rahmat dari ALlah Taala.

Sunday, July 18, 2010

Padang Permainan




para penduduk jalan 3/39 membuat tinjauan tapak untuk membuat padang permainan untuk anak-anak jalan 3/39 bermain.





projek meratakan tanah sedang dilakukan..

diharap usaha yang dibuat mendapat kerjasama baik semua penduduk

Tuesday, April 20, 2010

jemputan endri

Assalamualaikum,

Saya Endri dan isteri, Roslina serta anak-anak (Nurin, Alin & Alya) dengan segala hormatnya menjemput tuan, puan sekeluarga ke majlis tahlil dan bacaan yasin di rumah kami pada :

Tarikh : 1 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari

Kehadiran tuan, puan sekeluarga amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Endri OMAR" bhk9746naza@yahoo.com.my

Sunday, April 18, 2010

hari keluarga 2010









koleksi gambar hari keluarga Jalan 3/39 yang diadakan pada 3 April 2010.
terima kasih atas kiriman gambar dari sdr shamsul.
bagi sahabat yang ada koleksi gambar, boleh la berkongsi di blog ini.

Monday, March 29, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Durian Belanda


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo.

Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.


Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Sunday, February 21, 2010

Jemputan Majlis 25 Feb 2010

From: hazudin hassan
Sent: Monday, February 22, 2010 8:32 AM
To: persatuan penduduk
Cc: dr hazudin
Subject: [tiga9] Yasin


Assalamualaikum kepada semua sahabat.
Saya ingin menjemput semua ke majlis tahlil dan membaca surah yasin
diikuti dengan jamuan di rumah saya pada hari Khamis 25 Feb 2010 selepas Maghrib.

Majlis akan diketuai oleh Saudara Helmi.
Saya menjemput semua kaum bapa , ibu dan anak-anak.

Diharap kita dapat bersama-sama pada hari tersebut.
Hari keesokkannya (Jumaat) adalah cuti maulidurrasul.

Terima Kasih

-Hazudin dan Hamedah-

Sunday, January 31, 2010

sekitar gotong royong 31 jan 2010

membersihkan longkang di belakang rumah jalan 3/38

membersih lorong belakang antara jalan 39 & jalan 40

en shamri & orang kuat jalan 40 yang turut hadir

bersama berehat menjamu selera selepas penat bergotong royong

En azmi memulakan meeting jalan 3/39 selepas semua selesai makan

kehadiran sekalian penduduk dalam aktiviti 31/01/2010
amatlah menggalakkan.

selain mengeratkan ikatan persahabatan, dapat juga membersihkan longkang belakang yang buat pertama kali dibersihkan sejak sama-sama pindah ke sini.

seterusnya merancang aktiviti 2010. tidak ketinggalan juga diingatkan tunggakan yuran masing-masing.. keputusan dan perancangan aktiviti akan dipaparkan setelah minit mesyuarat diberikan oleh tok ketua, en azmi miskam..

aktiviti jalan 39

Merujuk perkara di atas, setelah dibincangkan dan dipersetujui oleh kaum ibu pada hari Sabtu, 23/Jan/10 yang lepas, butiran aktiviti Jalan 3/39 adalah seperti di bawah;


Tajuk Aktiviti : Gotong-Royong, Perbentangan Jumlah Kutipan 2008 & 2009 dan Perancangan aktiviti sepanjang tahun 2010.
Hari : Ahad
Tarikh : 31/Januari/10
Masa : 8:00 am
Tempat : Depan rumah Azmi.

Agenda :

8:00 am : Sarapan Pagi.
8:30 am : Gotong-Royong Bermula ( Kawasan pembersihan meliputi jalan belakang dan hadapan ).
12:00 tgh : Gotong-Royong Tamat.
12:15 pm : Makan Tengahari ( Menu sudah disediakan oleh kaum ibu seperti di bawah )
1:00 pm : Perbincangan dan pembentangan bermula.
3:00 pm : Tamat dan Bersurai.





Wassalam

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010