Stokin hendaklah disediakan sendiri oleh para pemain.
bagi memudahkan shamsul membuat tempahan
Thanks
PUTRAJAYA: Bermula 1 Januari 2009 peraturan tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan.
Ia akan dikuatkuasakan ke atas semua kenderaan kecuali:
Tempoh enam bulan diberikan kepada pemilik kereta untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang sebelum penguatkuasaan dimulakan, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Kata beliau, bermula 1 Jun lalu pihaknya sedang melaksanakan kempen advokasi mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang di seluruh negara.
“Kempen ini merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya ini sebelum penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Selain itu Suret berkata bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage point, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama tiga tahun untuk berbuat demikian bermula dari tempoh ia dikuatkuasakan.
Kerajaan juga telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa syarikat pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang belum memasangnya.
Suret menjelaskan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemandu kenderaan jika penumpang tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar.
"Dalam hal ini, pemandu kenderaan yang akan bertanggungjawab jika didapati penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.
"Pemandu juga harus memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya," katanya lagi.
Ditanya mengenai jumlah kompaun yang akan dikenakan bagi peraturan baru ini, Suret berkata ia akan diumumkan nanti sebelum penguatkuasaannya dilaksanakan.
"Jumlah kompaun bukan perkara utama, sebaliknya kita ingin menekankan pendidikan terhadap pentingnya membudayakan amalan keselamatan jalan raya.
"Pendidikan keselamatan adalah langkah pencegahan jangka panjang yang ingin diterapkan kerana melaluinya semua disiplin keselamatan jalan raya akan dapat diamalkan dengan baik," katanya.
Suret turut memberitahu, kejayaan dari program kesedaran keselamatan jalan raya yang dijalankan, dalam tempoh tiga tahun lalu jumlah mangsa kecederaan dalam kemalangan menurun dari 55,000 ke 27,000 kes.
Sebarang aduan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah keselamatan jalan raya, sila layari laman web JKJR di alamat www.panducermat.org.my.