Sunday, November 23, 2008

makluman : mesyuarat kali ke 2 mppZon23 MPKj Bangi

salam.

sebagai makluman bersama.

perjumpaan ini bertujuan untuk update info dan aduan dari setiap
seksyen/persatuan penduduk yang termasuk dalam zon 23 mpkj.

berkenaan kawasan kediaman kita (bangi perdana & damai ada wakil sendiri)
saya hanya sebut hal tanah rezab dan ternakan lembu kerbau yg semua sedia
maklum. Dr Tajul maklumkan perkara berkenaan telah diminitkan dlm mesyuarat
ahli mpkj bulan lepas.

hal seksyen lain, itu dalam tindakan persatuan penduduk masing-masing la..

untuk yang seterusnya, mgkn sama-sama boleh berikan makluman jika ada untuk
dibawa ke mesyuarat zon23 mpkj.

Friday, November 21, 2008

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA



Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya….!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

makanan tidak halal




KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website

http://www.halaljakim.gov.my/

HARAP DIHEBAHKAN

Thursday, November 20, 2008

Mesyuarat Ke 2, Zon 23 MPKj

Malam ni (21/11/2008) akan diadakan meeting zon 23 MPKj
(antara ahli MPKj dan wakil persatuan-persatuan penduduk)

Bertempat di Sek.Ren. Agama Lepai, Jam 9.15 mlm.
(sebelah pejabat pos bangi)

Bagi yang ada sebarang isu, boleh la emel pd Dr Tajul
di alamat tajulariffin@mpkj.gov.my (no.hp: 019-3164151)

ATAU yang berkesempatan boleh turut hadir, boleh gak berkenalan
dgn persatuan penduduk lain di zon 23 MPKj ni (sect 14 ke sect 4).

Saturday, November 15, 2008

Saturday, November 1, 2008

Info kesihatan

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Thursday, October 23, 2008

Majlis Rumah terbuka & Majlis Harijadi Anak

Aksm/Salam Sejahtera YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudars/Saudari & Skot-skot.

Saya & isteri dengan rasa rendah diri ingini menjemput YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudars/Saudari & Skot-skot ke rumah kami
di No 28, Jln 3/39, Sek 3, Bandar Baru Bangi untuk majlis yang dinyatakan di atas pada 25/10 (Sabtu) mulai jam 12 tghari-8 mlm.

Semoga dengan kehadiran YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudars/Saudari & Skot-skot akan menambah ceriakan majlis kami yang tidak seberapa itu nanti.
Sekian, terima kasih.

Mej Mohd Suhaimi & Zazaryena

Tuesday, October 21, 2008

isu di zon 23 MPkj, sila hubungi

Perjumpaan Zon 23 MPkj


Sabtu lepas(18 Okt 2008), sekitar jam 10 pagi diadakan perjumpaan antara Ahli Majlis MPKj (Zon23) , iaitu Dr Tajuldengan wakil-wakil persatuan-persatuan penduduk dari seksyen 1 hingga ke 9,(zon23 MPKj). di sek.ren.agama Lepai (dekat pejabat pos bangi).

Difahamkan ini adalah perjumpaan pertama sejak perlantikan Dr Tajul sebagai ahli majlis MPkj - zon 23.

Agenda ;
1. perlantikan AJK Zon 23 MPkj
2. cadangan aktiviti
3. aduan

INTRO
Zon 23 MPkj bermaksud dari UKM, kuarters kerajaan (seksyen 14), seksyen 1 & 16,kemudian seksyen 2 hingga ke seksyen 9. Yang lain spt jalan reko dan kawsan lainmasuk zon lain.(detail boleh rujuk website MPkj)

Wakil MPKj untuk Zon 23:
Cik Norzalila (019-6191809)
ext. pej. (MPKj) : 3035
Bahagian Perlesenan.

Kerani Zon 23 MPkj:
En. Amirul (013-3532883)
waktu kerja :
Isnin-Khamis (2.00 ptg-5.00 ptg)
Jumaat (2.30 ptg-5.30 ptg)
Sabtu (9.00 pg-12 tgh)

1. Perlantikan AJK:
Pengerusi : Dr Tajul (Ahli Majlis MPKj/pengerusi persatuan penduduk BBB)
N. Pengerusi : En Ahmad Saufi (Persatuan Damai Impian)
S/U : Hj Kamarudin (Seksyen 1)
Bendahari : En Adnan (Pengerusi Bangi Perdana)
AJK lain adalah pengerusi setiap persatuan penduduk.
Saya? tak ada apa2..sekadar tukang perabih kuih raya aja ..he he he)

2. Cadangan aktiviti.
mcm-mcm la diorang cadang..tapi perbincangan pd perjumpaan akan datang.

3. Aduan.
Saya hanya ulang cadangan Azmi, iaitu supaya dibangunkan kawasan pinggiran seksyen 3/tepi sungai sebagai tapak rekreasi dgn landskap yang sesuai supaya tidak menjadi ladang ternakan lembu/kerbau.

takat itu yang saya ingat, kalau ada apa2 masalah/aduan, boleh direct kepada Wakil Mpkj (Cik Norzalila) atau kerani zon 23 Mpkj (En. Amirul)..

Wednesday, October 15, 2008

RAYA DAN PINDAH

salam,

Pada sahabat-sahabat dan jiran yang dikasihi. Alhamdulillah saya dan keluarga selamat pindah ke teratak kami dan semalam adalah last kami kat 3/39.

Sehubungan dengan itu, pihak saya dan keluarga memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah dan tersilap sepanjang pertemuan dan perkenalan kita semua. Jika ada jemputan, insyaAllah kami akan cuba menghadirkan diri.

Alamat teratak kami adalah seperti di bawah:

No 3, Jalan 5D/3
Seksyen 5 Tambahan
B.B. Bangi

Mohd Saidy Bin Mohd Yusof
IP Fokus Sdn. Bhd
hp: 6.019.266.1273
Off: 6.03.8924.1282
Fax: 6.03.8926.5381

JEMPUTAN RAYA

Rakan 3/39,

Saya ingin menjemput rakan-rakan & ahli keluarga lorong 3/39
untuk menghadirkan diri ke rumah saya pada:

Tarikh : 18/10/08
Masa : 1200 pm > senantiasa terbuka utk rakan2.

Semoga kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaran sesama kita.

Tkasih,
Fauzie Rahman,
RANO-KV2,
0123000034 @ 0395435382
Fax: 0395435704
arfauzie@maxis.com.my

Monday, October 6, 2008

Open House


En. Ridzaudin ( Cikgu Din ) sekeluarga ingin menjemput seluruh warga lorong 3/39 (Suami. Isteri & Anak-anak )untuk menghadiri majlis RUMAH TERBUKA beliau seperti di bawah:

Tarikh           : 11/Oktober/2008
Hari             : Sabtu
Masa             : 2:00 PM ~ 6:00 PM
Tempat           : No. 15, Jln. 3/39


Terima kasih juga kepada En Rosli Sekeluarga yang telah mengadakan majlis
pada hari ahad (5/08/2008) yang lepas.

Semoga sekaliannya diberi berkat dan rahmat oleh Ilahi.

Saturday, September 20, 2008

Suasana Port Luck 20 Ramadhan 1429








Majlis yang diadakan ringkas sahaja. Sesuai la dengan konsep port luck itu sendiri.

Bermula dengan sembang santai dengan tetamu jemputan seawal 6.30 petang
Seterusnya Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama.

Kehadiran tetamu Jemputan adalah;
i. Dr Tajul (Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi / Ahli Majlis MPKJ)
ii. Ust Hashim (Timb. Pengerusi / Khairat Kematian Persatuan Penduduk)
iii. Hj HUssin (Bendahari Persatuan Penduduk/ Ahli Lembaga Pengarah KoBangi)

Selepas solat maghrib, diadakan sesi taklimat ringkas berkaitan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi berkenaan persatuan penduduk, khairat kematian dan koperasi Bangi.

Sekadar catatan, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi merupakan induk bagi persatuan-persatuan penduduk di setiap seksyen sekitar Bandar Baru Bangi, dan pengerusinya, iaitu Dr Tajul sendiri telah dilantik sebagai Ahli Majlis MPKJ yang ditugaskan memantau segala isu, permasalahan dan pembangunan di Zon Bandar Baru Bangi.

Khairat kematian pula telah lama wujud sejak pembukaan fasa awal perumahan di Bandar Baru Bangi, sehingga kini tetap beroperasi dan ditingkatkan dengan menjalinkan kerjasama dengan surau-surau baru di setiap seksyen.

Koperasi Bangi (KoBangi) pula ditubuhkan atas inisiaif untuk melihat masyarakat bangi khususnya melayu tidak ketinggalan dari segi memiliki bangunan dan mengambil peranan dalam pembangunan Bandar Baru Bangi. Antara bangunan yang dibeli adalah premis Pusat Perubatan Az Zahrah ketika ini, beberapa lot kedai sekitar seksyen 9 dan di projek yang sedang dibangunkan oleh glomac di sekitar kompleks PKNS Bangi.Sebagai rekod, dividen tahun lepas adalah 12% dan sebelumnya sekitar 10%. Agak baik memandangkan usia koperasi yang bermula sekitar 6 tahun lalu.

Diharap majlis seumpama ini terus diadakan, bahkan melibatkan jiran-jiran yang lain.

Friday, September 5, 2008

Port Luck Ramadhan 1429 Hijrah

Untuk makluman semua 'Port Luck' untuk tahun ini akan di adakan seperti di bawah:

Tarikh : 20 September 2008
Hari : Sabtu
Masa : 7:00 pm
Tempat : Rumah Cikgu Din & ruman Azmi

Agenda:
7:00 pm - Hantar makanan dan berkumpul
7:15 pm - Majlis berbuka puasa
7:45 pm - Solat Maghrib berjemaah (Rumah Azmi)
8:00 pm - Sambung majlis berbuka puasa ( Bincang isu-isu semasa )
8:20 pm - Solat Tarawaih


Kehadiran semua jiran-jiran adalah dihargai.

DIMAKLUMKAN WAKIL PERSATUAN PENDUDUK
Bandar Baru Bangi akan dijemput sama
dalam majlis ini untuk sesi penyerahan
borang keahlian secara simbolik dan
sesi soal jawab ringkas (5-10 minit)

Monday, September 1, 2008

Sambutan Kemerdekaan di PKNS Bangi



anjuran bersama persatuan penduduk bandar baru bangi,
PKNS dan NGO lain ..

Saturday, August 30, 2008

Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'

Aug 29, 08 4:22pm

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan


Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.


Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan


Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Tuesday, August 26, 2008

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen


27/08/2008 11:13am

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.
Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.
Sebanyak 447 undi rosak. — Bernama

Wednesday, August 20, 2008

Forum Agama


Forum pada 22 Ogos 2008 (Jumaat)
di Kompleks Sukan Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
9.00 Malam

Monday, August 18, 2008

Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi



Bagi yang berminat, sila dapatkan borang pendaftaran dari Abdul Karim atau Azmi Miskam.

Antara kepentingan menyertai Persatuan ini adalah untuk saluran lebih dekat untuk menyuarakan isu kebajikan kita bersama dan, menyertai khairat kematian Bandar Baru Bangi.

Selain itu boleh juga menyertai Koperasi Bandar Baru Bangi (koBangi).
Gambar Bawah :
Majlis dan aktiviti Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi di PKNS Bangi
pada 9 Ogos lepas. Antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak.
p/s- sorry la, lupa nak promote aktiviti tersebut, sebab saya pun terlupa. Kebetulan masa pergi beli barang kat PKNS baru teringat ..

Sunday, August 3, 2008

Kenduri Tahlil dan Doa Selamat

Selamat Menjamu Selera

Suasana dalam rumah


Tetamu pejabat dan jiran-jiran


Terima kasih atas kehadiran rakan-rakan sekerja , jiran-jiran jalan 3/39
dan sekitar Bandar Baru Bangi
3 Ogos 2008

Monday, June 23, 2008

Futsal & Bowling



Salam semua,
Tarikh 22/6/08 yang lalu kita telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih jalan, mengecat divider dan makan tengahari sesama jiran dan anak-anak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebelum kita menjamu selera makan tengahari, kita ada berbincang tentang aktiviti seterusnya. Berikut adalah cadangan saya untuk aktiviti yang seterusnya. Semoga mendapat kerjasama daripada semua komuniti.

Aktiviti : Futsal de Jln 3/39
Tempat : Aktif Futsal
Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Bayaran : RM10 seorang
Kepada yang berminat, sila bayar kepada saya sebelum 2 Julai 08 bagi memudahkan saya membuat tempahan.

Aktiviti : Bowling suami isteri
Tempat : ARL Bowl S/B Plaza Alamanda Putrajaya
Tarikh : 10 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Bayaran : Antara RM25 ~ RM30

Bayaran termasuk suami main 2 games dan isteri 1 game serta kasut.
Stokin hendaklah disediakan sendiri oleh para pemain.

Kepada yang berminat, sila bayar sebelum 31 Julai 08
bagi memudahkan shamsul membuat tempahan

Semua aktiviti ini adalah bergantung kepada jumlah penyertaan, jika ramai yang memberi response yang baik maka aktiviti ini akan dijalankan tetapi jika berlaku sebaliknya maka ia akan di batalkan.
Thanks

Gotong Royong 22 Jun 2008






Gambar sekitar aktiviti gotong royong

Monday, June 16, 2008

gotong-royong

Pada hari Jumaat lepas 13/Jun/08, Kaum hawa ada bermesyuarat secara tak resmi dan mencadangkan untuk mengadakan gotong-royong yang butirannya seperti di bawah:

Tarikh : 22/Jun/08
Hari : Ahad
Tempat : Sepanjang Jalan 3/39
Masa : 8:30 pagi

Aturcara aktiviti.

8:15 pagi - Berkumpul
8:30 pagi - Gotong-royong bermula
- Membersihkan ( menyapu ) sepanjang jalan 3/39
- Mengecat ' divider ' jalan 3/39
- Membersihkan ' sticker ' di tiang TNB
12:00 t/hari - Gotong-royong tamat
12:30 ptg. - Makan tengahari bersama-sama
2:00 ptg. - Bersurai.

Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir aktiviti gotong-royong ini hendaklah memaklumkan kepada semua jiran-jiran.

Terima kasih.

Wassalam. _

Saturday, June 7, 2008

seat belt

Tali pinggang belakang dikuat kuasa 1 Januari 2009
06-06-2008 06:13:34 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Bermula 1 Januari 2009 peraturan tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan.

Ia akan dikuatkuasakan ke atas semua kenderaan kecuali:

  • Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995
  • Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points
  • Kenderaan komersial termasuk teksi dan kereta sewa
  • Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan

Tempoh enam bulan diberikan kepada pemilik kereta untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang sebelum penguatkuasaan dimulakan, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

Kata beliau, bermula 1 Jun lalu pihaknya sedang melaksanakan kempen advokasi mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang di seluruh negara.

“Kempen ini merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya ini sebelum penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Selain itu Suret berkata bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage point, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama tiga tahun untuk berbuat demikian bermula dari tempoh ia dikuatkuasakan.

Kerajaan juga telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa syarikat pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang belum memasangnya.

Suret menjelaskan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemandu kenderaan jika penumpang tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar.

"Dalam hal ini, pemandu kenderaan yang akan bertanggungjawab jika didapati penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.

"Pemandu juga harus memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya," katanya lagi.

Ditanya mengenai jumlah kompaun yang akan dikenakan bagi peraturan baru ini, Suret berkata ia akan diumumkan nanti sebelum penguatkuasaannya dilaksanakan.

"Jumlah kompaun bukan perkara utama, sebaliknya kita ingin menekankan pendidikan terhadap pentingnya membudayakan amalan keselamatan jalan raya.

"Pendidikan keselamatan adalah langkah pencegahan jangka panjang yang ingin diterapkan kerana melaluinya semua disiplin keselamatan jalan raya akan dapat diamalkan dengan baik," katanya.

Suret turut memberitahu, kejayaan dari program kesedaran keselamatan jalan raya yang dijalankan, dalam tempoh tiga tahun lalu jumlah mangsa kecederaan dalam kemalangan menurun dari 55,000 ke 27,000 kes.

Sebarang aduan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah keselamatan jalan raya, sila layari laman web JKJR di alamat www.panducermat.org.my.

Monday, May 26, 2008

Kerajaan beri penekanan terhadap media baru

27/05/2008 11:25am

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan di luar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Kita sememangnya telah terlepas pandang kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah untuk berhadapan dan meneutralkan tohmahan yang dilemparkan melalui teknologi baru," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini. - Utusan

dedikasi


salam.

blog ini disediakan untuk diri , keluarga dan teman-teman di

Jalan 3/39, Bandar Baru Bangi..

boleh dimanfaatkan dan boleh juga diabaikan..

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010