Thursday, July 30, 2009

Isu Keselamatan

Baru ni berlaku kes kecurian Toyota Rush kat Bangi 3 dan Jalan 3/39.

Jadi isu ini perlu difikir dan diambil tindakan sewajarnya dari sekalian

kita di sekitar Taman Tasik Bangi 3.

Harap ada tindakan susulan bersama.

Saturday, July 18, 2009

surau sementara di Jalan 3/42


perbincangan semasa gotong royong 18 Julai 2009


keadaan dalam surau sementara


Lokasi di persimpangan Jalan 3/42 dengan 3/38

Seluruh warga Taman Tasik Bangi 3
dijemput untuk mengimarahkan surau ini
mulai 18 Julai 2009.

Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati
oleh ALlah SWT.

Friday, July 10, 2009

Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3


Sdr Azmi telah mewakilkan Abdul Karim menghadiri perbincangan
yang melibatkan jalan 3/38-3/53.

Dalam pertemuan tersebut, Pak Syarif maklumkan jawatankuasa
penaja sebelum ini dianggap bubar dan menyertai persatuan baru,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK BANGI 3.

Dalam pertemuan ini, hanya ada 2 makluman;

1. Penggunaan Rumah No 1, Jalan 3/42 sebagai SURAU SEMENTARA
mulai 1 ogos 2009 (sewa)

2. Program Ceramah oleh Ust Mohd Farid Ravi di jalan 3/48 pada jam
8.30 mlm, 26 Julai 2009.

Kutipan derma dan sumbangan telah ada untuk sewa rumah. Tapi
tuan puan dialu-alukan menderma untuk keperluan dalaman.
Pamplet/edaran akan diedarkan k setiap rumah.

Tuan puan juga boleh berhubung terus dengan Pengerusi J/kuasa
Tn Hj Yusof bin Ismail (019 236 6356) untuk info lebih lanjut.

Thursday, July 9, 2009

Puteri

Tahniah buat pasangan Bad & Ina
yang dikurniakan puteri.

semoga sentiasa dalam berkat dan
rahmat ILahi..

Sunday, July 5, 2009

Info dari Blog Persatuan Penduduk

Jom Sertai KOPERASI BANGI ( KOBANGI )

Koperasi Penduduk Bandar Baru Bangi (KOBANGI) telah ditubuhkan dan ditubuh dan didaftarkan pada 18 September 1995 hasil daripada resolusi Jawatankuasa Penduduk Bandar Baru Bangi pada mesyuarat agong tahun 1995.

Pada mesyuarat tersebut sebulat suara bertsetuju agar suatu wahana diwujudkan bagi penduduk-penduduk Bandar Baru Bangi berkecimpung dan turut serta secara tidak langsung dengan pembangunan Bandar Baru Bangi di samping dapat meningkat taraf sosio-ekonomi serta mengekal aset bumiputra melayu di Bandar Baru Bangi.

ALAMAT BERDAFTAR KOBANGI :
KOPERASI BANGI D/A Sekolah Agama (LEPAI )Seksyen 16, (Bersebelahan Pejabat POS)43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 019-3662770 (Setiausaha)
Web :http://www.suarabangi.blogspot.com

SYARAT KEAHLIAN KOBANGI :
1. Penduduk Tetap Bandar Baru Bangi atau
2. Mana-mana Individu yang bekerja di Bandar Baru Bangi.
3. Mana-mana Individu yang memiliki aset di Bandar Baru Bangi.

MISI KOBANGI :
Memberi perkhidmatan dan pulangan yang baik dan bermanafaat kepada anggota KOBANGI.

AKTIVITI UTAMA KOBANGI :
Membeli aset pembangunan di sekitar Bandar Baru Bangi dan menyewa ke peniaga-peniaga melayu yang berminat.

ASET KOBANGI SEHINGGA 2009 :
1. 1 Unit Rumah Kedai 4 Tingkat ( No 34 Medan PB 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi)
2. 3 Unit Rumah Kedai/Pejabat di Fasa C 3 ,( Blok D Unit 33-G-1, 33-1-1a,33-1 -1b ) Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi .
3. 1 Unit Rumah Kedai Pejabat 21/2 tingkat Lot No. F10 (Lot Tengah) Di Persiaran Bangi, Sri Bangi Bandar Baru Bangi, Selangor.
* Anggaran kasar nilai aset semasa KOBANGI sekarang adalah RM 2 Juta .

Rekod Dividen Pelaburan Kepada Ahli KOBANGI :
2003 – 10%
2004 –10%
2005 – 10%
2006 – 10%
2007 – 12%
2008 –10%

Bagaimana Hendak Menyertai KOBANGI ?
 Isi Borang Keahlian di Sebelah @ di http://www.suarabangi.blogspot.com
 Pelaburan Minimum adalah RM 1 Ratus Ringgit.
 Hantarkan Borang Anda Di Pejabat KOBANGI di Sek. Agama LEPAI.

AKTIVITI 2010

AKTIVITI 2010